...aku jarang2 nak buat entry yang berkenaan emosi aku, tapi kalau tak sekarang, bila lagi?
...kawan-kawan: ...la ni aku tengah serabut....yang zahir di mata yang memandang, apa yang hangpa nampak, itu masih aku ~ cuma bukan penzahiran 100% adanya. Mungkin 50%. Mungkin lebih lagi. Mungkin jugak kurang dari tu.
...aku bukan manusia yang kehidupannya melalui graf kehidupan yang berbunga indah sepanjang hayat aku, cuma apabila aku menemui sedikit kegembiraan, ianya membuatkan aku lupa akan duka yang aku tanggung sekejap.
...bila aku berjumpa dengan seseorang yang aku senang berkongsi cerita, aku mudah meluahkan isi hati aku (yakni cerita yang pelbagai) tanpa aku sedar yang kadang-kadang aku terlalu banyak bla-bla-bla ~ entah orang suka atau tak, aku tak pasti. Tapi bila orang dah mula menjarakkan diri, aku fahami akan apa yang berlaku.
~ silap aku kot, too excited + overreacted...
...tapi itulah aku...
...sesuatu tentang aku: ...aku mudah mengalirkan air mata bila terkenang atau bercerita tentang kehidupan lampau aku, sebab aku rasakan terlalu banyak yang aku simpan untuk aku tanggung sendiri. Kalau itu membuatkan aku dilihat 'lemah' ~ aku terima kerana itulah aku dan aku tau yang aku tak selemah yang dilihat.
...perhubungan, kasih sayang dan persahabatan adalah perkara yang sangat penting bagi aku dalam hidup, kerana aku insan yang agak 'kekurangan' semua tu dari dahulu lagi.
...kasih sayang dapat cuma mungkin tak mencukupi (selain famili aku)...
...ada kawan tapi tak ramai...
...dahla tak ramai, perhubungan tak MESRA apatah nak kekal...
...hummm...cuma sekarang ni, aku merasakan kehidupan aku makin jauh...
...jauh dari siapa diri aku sebenar-benarnya...
..jauh dari siapa yang aku pernah 'suka' jadi suatu masa dulu...
...to make it short ~ aku tensen! ...I need my good buddies from the far far away land to soothe me now but the reality is that, I don't have the heart to susahkan mereka.
...inilah perkara tentang diri aku ~ salam perkenalan SEMULA buat semua...