Monday, April 25, 2011

...misi kesihatan diri...

...pagi tadi, aku ke Jabatan Pesakit Luar di Hospital Jasin terus untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan aku. Kalau orang tanya kenapa aku tak pi Poliklinik Selandar yang lebih dekat, jawapan aku, biar bersusah sikit asalkan aku terus jumpa doktor dari dekat dan aku cuma jumpa M.A yang membuat pemeriksaan ala kadar saja...

...cepat dan mesra. Itu yang aku boleh rumuskan selama aku pernah ke sini. Dipendekkan kisah pengalaman aku tadi, kes aku dirujuk semula kepada
bahagian
Otolaryngology or ENT (Ear, Nose, and Throat) yakni pakar hidung, telinga dan tekak...perkara ni juga membuatkan aku mengimbau trauma dengan tahap profesionalisme staf dan pakar di ENT Hospital Melaka (...kisah boleh dirujuk pada entry aku yang bertajuk ...gomen no komen... yang bertarikh 6 November 2008)

...sekadar dapatan pemeriksaan dan soal jawab dengan doktor berkenaan:
1. ...kecederaan mungkin berpunca dari perubahan tekanan dalam badan semasa kapal terbang melakukan pendaratan ketika aku bercuti di Kuching (...aku ter'promo' cita aku pi cuti2 aritu...)
2. ...ada kejanggalan pada bahagian tulang dalam hidung aku (for sure aku tak reti nak cerita coz aku tak nampak dan aku rasa biasa ja selama ni)
3. ....kes aku juga dirujuk ke pakar ENT sebab aku ni ada masalah dengkur! Adusss...siap dia tersilap tanya - dengkuran kuat tak? Ha ha ha ha...
...apapun, aku berdoa agar kesihatan diri ini semakin pulih. Pasni nak pi amik surat appointment dan go for another check-up dengan klinik swasta...ini saja yang aku boleh ikhtiarkan dikala ketulan darah hitam masih memekat keluar dari mulut...

No comments:

Post a Comment