...keh keh keh. Macam lawak je tajuk entry aku yang ni, bukan apa setelah lama aku sepi dari berkarya ni, perlu aku tulis something so that aku rasa puas. Sebab aku merasakan aku dah hilang banyak kemahiran yang ada pada diri aku, kalau sesiapa ada pernah menonton siri "The Law Of Ueki"- hampa akan paham apa artinya kehilangan talent serta kepentingannya.
...adik aku minta tolong untuk buat assignment dia - iaitulah menulis 3 buah cerpen sebelum berakhirnya semester ni, dan pada aku, kalau dah minat, ada idea, boleh menulis. Kerana menulis ni bukan saja kena minat, tapi kena ada semangat dan juga memerlukan kemahiran, kerana kalau lain yang ditulis, lain yang dibaca, akan membawa kepada salah tafsiran. Dan bagi aku, selagi aku masih diberi hayat oleh-NYA, maka tiada pernah ada kelewatan untuk mengembalikan apa yang aku dah terlepas, dan menggilapnya kembali. Aku punya misi tersendiri. Melakukan sekecil-kecil perubahan melalui pendidikan, dan ianya bermula dengan sedikit coretan...
HALWA TELINGA DAN GARIS MASA
1 month ago
berabuk berdebu bersawang dh blog hg ni ngah
ReplyDelete