...assalammualaikum buat semua yang setia melewati dan membaca isi kandungan kisah hati aku ni, terutamanya kengkawan aku, adik-adik aku sehinggalah kedua anak murid aku, Nur Shahira dan Ameerul Azeem. Sengaja
Sir highlight nama kamu berdua sebab kamu memang anak-anak yang baik, dan anak murid
Sir yang rajin lagi bersemangat.
...banyak perkara yang nak ditulis kat sini. Tapi aku tak tahu kenapa
lately penyakit malas yang aku uar-uarkan (err..betul ke ni pakar bahasa?) supaya dijauhi anak-anak murid aku melanda kehidupan seharian aku. Segalanya aku maleh nak usahakan, kekadang penyakit ni membawa aku supaya bersekongkol dengan syaitan untuk menangguhkan tanggungjawab aku pada Allah, pada mak abah terutamanya pada diri aku sendiri. Perkara bukan aku sorang yang rasa, tapi kebanyakkan manusia mengalami perkara sebegini. Dan yang lebih menakutkan aku apabila aku sudah mula meluahkan atau dalam bahasa yang tingginya,
memanifestasikan kemalasan aku dalam bentuk
verbal, yakni ayat yang jelas untuk telinga mereka yang tidak rosak, atau lebih mudah lagi, aku kalau dah malas
or tak ada
mood, aku terus je cakap MALAS! Dan aku amat risau kerana ini bukanlah aku yang dulu...
...dan aku juga secara fizikalnya telah berubah. Aku tidak lagi sekacak dulu. Aku telah susut 1.5kg setelah beberapa hari sesi persekolahan yang bermula. BMI badan aku juga telah jatuh...ke kategori yang boleh dipertandingkan kelak.
...inilah hasil ke
rajinan aku semasa cuti, dan huraian formulanya adalah seperti berikut:
63kg + (36 hari x makan sedap kuasa 3) = 68.5kg -(4 hari persiapan buka sekolah) = 67kgitu 2 minggu yang lalu, dan formula ni hanya aku tak galakkan orang menirunya. Menyentuh tentang fizikal badan, sekadar meminta pandangan, walau aku dah buat ke
putusan dah (pepaham la), perlukah aku disuruh
slimkan badan hanya kerana nak memenuhi permintaan orang tengah yang nak kenalkan aku dengan
a gal yang aku pun tak tahu rekabentuk Tuhan ke atasnya? Hmmm...apapun respon, ke
putusan sudah dibuat. Terimalah aku seadanya...jumpa lagi.