Friday, May 30, 2008

...hijrah...

...tanggal 1 Mei 2008 menyaksikan aku, Liban and Azrul berpindah ke rumah sewa yang baru, pada mana ini merupakan rumah yang ke-4 bagi aku dan Liban, dan rumah sewa ke-3 buat Azrul dalam tempoh 3 tahun kami kat bumi Melaka ni. Yang pastinya, kami berharap pada pembaharuan dalam kehidupan di tempat baru ni-di sebuah tempat di sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan yang diberi nama Batang Melaka. Anyway, kawasan tempat tinggal sekarang lebih selesa, lebih ceria, lebih luas dan lebih aman serta bebas buat kami beraktiviti di luar dan di dalam rumah. Alhamdulillah, kawasan rumah baru terletak di atas bukit, berhampiran kawasan empangan bernama Empangan Jus dan dikelilingi pokok buah-buahan adanya (jambu, rambutan dan limau je yang ada...eh, ada mangga jugak). Meriah. Memang meriah, Insya Allah, satu ketika nanti, aku juga berhajat nak buat sebuat rumah buat family aku kat kampung sebab kami tak pernah punya rumah sendiri sejak dulu...
...semasa proses mengemas bilik lama...

...selepas bilik lama dikemas selama berjam-jam...

...bilik baru aku akan aku paparkan kemudian bila ada gambarnya terkini...tapi let's have a sneak peek pada ketika aku main letak ja barang2 aku kat bilik baru...semak dan sendat...

...dan kami tidak menoleh lagi kebelakang atas segala apa yang pernah terjadi di teratak lama kami. Dah jadi macam tema pulak aku rasa bergambar membelakangi kamera ni...

No comments:

Post a Comment