Tuesday, October 22, 2019

...I'm back!...


...have no fear,
...Pak Lurah is here!

 * hahaha ~ intro syok sendiri namanya tu. Semoga ini permulaan yang lebih baik untuk aku terus menulih apa yang aku rasa nak tulih. 7 tahun dah berlalu. 7 tahun oi! Bukan sikit masa. Kalau dah menikah, anak dah masuk sekolah darjah 1. Hahaha. Ok, abaikan statement makan diri tu. 

Yup. Banyak dah berubah. Aku dah pun pindah sekolah. Berpindah rumah. Saiz pinggang pun bertambah-tambah. Berat usah ditanya. Boleh bawak berparang. Hahaha. Apapun, semoga blog ni akan menjadi medan untuk aku mencoretkan sesuatu sama ada orang nak baca atau melintas lalu sahaja. 

Dan di saat ini, aku terkenangkan HERO kesayangan aku yang dah setahun arwah. 10 tahun sahaja jodoh kami. 10 tahun jasa hang pada aku dan family. 1001 cerita dan rahsia kita kongsi sama. Mata masuk habuk tetiba. Kena tidoq la jawabnya. Sobs.