Sunday, September 18, 2011

...berBUKA di Ofis Terbuka...

...tajuk yang cantekkk! (...gila perasan...)

...balik kampung kali ni, aku diajak pergi ke Opis Terbuka abah kat Balai Bomba Taiping. (atau juga disebut Tepeng) Dipendekkan cerita, aku bersama mak, Che Amad, dua anak dara pak Hamid jugak cucunya ke sana pada hari dan jangkamasa yang diberikan.

...ramai jugak manusia yang datang, dan aku pun 1st time nak masuk Balai Bomba Tepeng nih, so malu-malu la jugak. (..seb baik parking lulus kat belakang balai tu, kalau tak lagi la aku bertambah malu...) Diringkaskan cerita aku tak kenai sesapa pun melainkan mak abah jugak ahlil rombongan aku.


...memandangkan aku dah makan nasi kenduri sebelum tu...

...maka aku cuma makan sepinggan sate ayam tanpa nasi impit...

...berserta aiskrim sebagai pencuci mata dan mulut...

...Best! Best! Best!...

...nama sesedap rasa...

Berikut adalah nama-nama restoran yang aku pernah lihat, dan beberapa daripadanya pernah aku singgah dan rasa, berserta terjemahan-nya:

D' Tebing ~ Restoran di tebing sungai.
D' Getah ~ Restoran di dalam ladang getah.
D' Sawit ~ Restoran di celah kelapa sawit.
D' Padi ~ Restoran di kawasan sawah padi.
D' Buluh ~ Restoran di tepi rumpun buluh.
D' Bukit ~ Restoran di atas bukit.
D' Petro ~ Restoran di ... (cuba teka?)

...ha-ha-ha...

Monday, September 12, 2011

...kisah Achik...

...adik aku si Achik dimasukkan ke Wad 2B Hospital Jasin hari ni.

...sebabnya dia cedera.
...sikunya retak akibat tergelincir semasa nak main badminton semalam.
...keadaan makin teruk sebab lepas jatuh, dia buat penilaian sendiri dan dengan jayanya dia sambung pergi melibas raket.
...akibatnya ~ sikunya bengkak dan bla-bla-bla...
...lega aku tengok dia tak dak apa yang serius ~ harap2nya lah...
...at least, biaq dia belajaq sesuatu yang baru dalam hidup dia arini ~ setelah aku ceramahi ringkas pada pertemuan kami tadi. (...inilah aku...)
...apapun bagi budak happy go lucky ni, memang ang happening-lah walau di mana ang berada!

...terbaekkkk! Oren!

...apa la cita ang tidoq sorang2 kat sana malam neh? Kekekeke...

Sunday, September 11, 2011

...berkelah di UPSI (Siri 2)...

...arini mengikut perjanjian~aku kena menghantar semua barangan adik perempuan aku yang baru habes praktikal di Senawang balik ke kediaman barunya di UPSI.

...perjalanan aku hari ni Alhamdulillah berjalan lancar, yang seronoknya sebab sepanjang perjalanan dari Melaka sampailah Nilai, Allah menurunkan rahmat-NYA mencurah-curah. Syukur.
Setibanya di sana, jeng jeng jeng...

...berkelah lah apa lagi!!! Menunya: nasi putih, daging masak merah, sambal tumis peria, acar rampai, cucuq jagung juga laksa tomyam...hahahaha.

...lepas la jugak rindu nak jumpa mak abah ~ hehehe...

Saturday, September 10, 2011

...tak sehat...

...sebelum ni, aku rasa tekak aku macam tak best, macam berserdak ja, kekeringan sampailah aku dengar berita tentang jerebu yang melanda. Patutlah macam tak best ja rasa....

...jadi aku pun giat minum aiq masak. Namun aku lupa akan satu lagi ancaman utama:

KAPUR TULIS!

...adeh...jenuh aku memakai sapu tangan nak cover hidung dan mulut, mmg nampak pelik di mata budak-budak kelas, tapi kalau budak sorang jatuh sakit, masih ada yg lain, tapi kalau cikgu BI yg sorang tu jatuh sakit, camana?

Tuesday, September 6, 2011

...jom main masak-masak...

...malam ni mood aku nak memasak berkobar-kobar. Jom ikut aku masak...

Bahan-bahannya kengkawan:

...nasi yang sudah dimasak...

...cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah yang dihiris...

...hirisan kobis Cina...

...tomato yang dipotong dadu...

...hirisan daun limau purut...

...sebiji telur ayam...

...udang yang dibuang kulit dan isi ketam dari Mydin...

...gula, garam (yang tak kelihatan), sos cili dan sos tiram...

...dan berikut adalah cara-cara aku memasaknya...

...panaskan minyak dalam kuali...

...tumiskan bawang putih, serai, bawang merah dan cili yang dihiris...

...masukkan isi udang dan ketam...

...masukkan sedikit sos cili dan sos tiram...

...selepas itu, masukkan telur yang telah dikacau rata...

...bila dah masak yang tadi, masukkan hirisan kobis dan tomato...

...selepas semua bahan tadi dah masak, masukkan nasi...

...matikan api, masukkan hirisan daun limau purut dan gaul rata...

...dah siap nasi goreng 'pemuda berjaya!'...

...
...
...
...
...
...
...
...
...

...Alhamdulillah ~ kenyang...

Sunday, September 4, 2011

...musuh jangan dicari...

...rezeki aku dah tolak ~ yakni si Tokek.
...musuh lak datang mencari ~ cari pasal.


...perkhabaran tentang makhluk penceroboh ni aku dapat dari Che Amad masa Hari Raya lepas. Aku pulak menambah ketakutan beliau dengan ayat bukan2, hahaha. Dia kata dia nampak menatang ni masuk rumah ikut tingkap, then sembunyikan diri belakang dapur.

...sekembalinya aku dan Achik ke rumah, perkara tu senyap sekejap. Dok tak lama, Achik sendiri nampak kelibat makhluk ni lari sembunyikan diri di penjuru dapur. Apa lagi ~ BANZAIIII! Achik pun bantai menatang ni dengan jayanya. Lega aku...kalau Achik takdak, nak harapkan aku yang takut pada menatang sekeluarga cicak neh untuk buat keja, alamatnya dia akan beraja la dalam rumah ni...

Friday, September 2, 2011

...makanan eksotik kegemaranku...

...aku suka mencuba makanan-makanan yang baru. Aku suka jugak pada makanan eksotik, yakni yang pelik tapi halal la. Juadah yang jarang aku dapat makan, melainkan pada hari tertentu sahaja, macam tahun ni ~ di Hari Raya Aidilfitri.

...abah cukup fokus dan bersemangat mendapatkan 'isi'nya...

...emak pulak memang pakar menjadikan rasanya sempurna untuk dihidangkan...nyum3x...

...cuma 'bahagian ni' yang tak sempat aku rasa sebab dah banyak sangat lauk di musim raya...