Monday, September 13, 2010

...happy besday Abah...

Allah selamatkan Tok Wan,
Allah selamatkan Tok Wan,
Allah selamatkan Tok Wan Hamid,
Allah selamatkan Tok Wan,

(versi Adik, Baby dan Kakak)

...selamat ulangtahun kelahiran ke-54 buat ayahanda tersayang-Abdul Hamid bin Hashim. Rasanya inilah pertama kali sambut hari jadi abah, selama aku hidup lah. Almaklumlah, kami ni hidup bukan macam dalam cerita TV tu, ada kek lilin, kambing panggang segala, cara kami simple ja. Yang penting, sesuatu yang baru dan buat abah dan mak happy

....menu cumalah bihun sup aqiqah dari balai bomba, bekalan ayam goreng Marry Brown, coleslaw dan itu saja. Hehe.

...sendiri di MB...

...rasa seronok tengok mak, abah, adik-adik dan anak buah happy tadi.

...bismillah...

...comeinya dua orang budak nih...

Sunday, September 12, 2010

...orang kita berniaga...

....semalam aku nampak ada gerai makan didirikan kat sini...

...siangnya, ada bau masham yang agak ketara...

...tetiba ada baja tambahan kelihatan...

...fokus lagik, inilah hasil keuntungan perniagaan orang kita...

Friday, September 10, 2010

...eidul mubarak...

...buat semua yang mengenali diri ini...

...salam ikhlas dariku...

...maaf zahir & batin...

Thursday, September 9, 2010

...cuba teka...

...arini aku ke pasar dengan abah. Kami beli barang-barangan basah dan kering di pasar baru dan pasar lama, sebagai persediaan nak masak juadah raya esok. Di sebuah kedai, sedang abah memilih barangan kering, aku terpandangkan sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Apakah ia? Bolehkah ianya dimakan? (sebab kedudukannya adalah bersama kumpulan guni-guni pelbagai jenis kekacang) Segalanya terjawab apabila ada seorang pakcik berbangsa India datang membelinya. Sekali imbas, apa jawapan hangpa?

...apa benda ni?...

Wednesday, September 8, 2010

...jom ke pasar...

...aku balik bercuti ni tak banyak aktiviti boleh dilakukan di bulan Ramadhan. Ada satu aktiviti yang memang wajib aku ikuti dan buat setiap kali balik kampung and that's pegi pasar, sama ada solo atau dengan mak aku. Well, pergi pasar ni best. Ramai orang berpendapat pergi pasar tu tugas suri rumahtangga, emak-emak, makcik-makcik....tapi pada aku, aku suka pegi pasar, selain dari membeli ikan , sayur, daging segala, aku belajar berkenalan dengan kepelbagaian spesis sayur-sayuran, ulam-ulaman, hidupan laut juga ternakan yang dah tak hidup. Teruja aku. Dari situ aku belajar selok-belok memilih sayur dan ikan, tawar menawar dan segala sewaktu dengannya...hehehe

...yang penting, memang heaven lah pilihan hasil laut dan barangan kat pasar Bagan Serai nih, berbeza sangat dengan apa yang aku lihat di tempat aku bertugas, dari aspek harga, kepelbagaiannya, mutu kesegaran barangannya, keramahan orangnya serta kebersihan premisnya. Kalau orang bilang Tesco, Giant, Carrefour, Mydin itu best, pasar tempat aku lagi best!
...dan dengan rahmat Ramadhan yang datang, segalanya bertambah. Kemeriahan serta kepelbagaian barangan yang dijual lebih banyak, lebih segar dari hari-hari biasa. Alhamdulillah.

...gerai ulam-ulaman wajib disinggahi kalau datang dengan mak...

...ilmu ada di mana-mana. Begitu juga di pasar. Marilah belajar berjinak-jinak ke pasar. Jangan hanya tahu makan saja...

Tuesday, September 7, 2010

...kekuciku..

...aku ada 2 ekor kekuci, yang aku ambil dari kak Zety.
...kak Zety ada lebihan kekuci yang dihasilkan oleh pasangan kekuci lama yang diambil dari dak Azeem.
...kekuci tu nama diilhamkan oleh dak Amad.
...kekuci tu comel. Kekuci tu aktif. Kekuci tu suka berebut main roda.
...dan kekuci tu dah mengawan rupanya...