Thursday, May 21, 2009

...rambut dan nilainya...

...aku memang sebenarnya selesa berambut pendek, ala-ala skinhead. Kalau potong rambut, guna lapik yang no.1 tu. Bukan apa, aku rasa senang macamtu. Bukan kerana potongan rambut 4-2-1 yang diperkenalkan Menteri Pelajaran pada 1997 dulu, tapi aku lebih awal buat. Nekad sebab:

~setiap hari, aku menghabiskan masa aku dekat 10 minit depan cermin menguruskan rambut aku. Mak selalu bising time tu

~minyak rambut kena top-up kerap dari biasa.

~bila rambut panjang, aku susah nak tidur.

~dan aku akan menghabiskan masa yang lama masa mandi.

...pendek kata, semua salah aku la.
...berbalik pada cerita sebenar. Aku dilabel ikut fesyen Mawi walau aku berambut macamtu lebih awal dari dak Mawi tu. Aku dilabel budak sekolah menengah sebab berambut macamtu dan pernah ditahan jaga sekolah kerana disyaki lambat sampai sekolah. Chess! Aku positifkan balik, pujuk ati kata "lu nampak muda bro!" Aku pernah dikatakan macam mat tiarap a.k.a askar lah, pelatih polis lah, bomba lah etc. Aku dilabel yang indah2 bila berambut pendek dan menjadi ikutan anak-anak murid kat sekolah aku untuk berambut seperti aku. Pi je kedai gunting rambut, depa habaq kata nak potong rambut maacam Sir. Bangga den! Seronok aku membelai deduri tajam ni sebelum tidur dan selepas mandi. Segalanya tentang rambut aku.

...lately, aku kembali menyimpan rambut aku sebab dak Amad cakap dia attend kursus dan dia dapat tau yang kakitangan kerajaan tak boleh berambut botak macam aku buat. At least rambut mesti seinci or setengah inci...err aku lupa. Bermula saat itu, dak Amad juga berambut kembali, dan begitu juga aku. Dak Amad bukan lagi mat tiarap seperti aku, dan mat tiarap juga bukan seperti kami lagi. Sedihnya...

...di sekolah, aku rasa aku macam orang lama yang berwajah baru, dengan segala puji dan goda, aku rasa aku orang yang semakin bersemangat. Cuma yang tak best nya, ada ke patut bebudak aku cakap aku makin garang. Dan yang tak best bila ayat ni berkumandang "Sir sejak ada rambut ni, garang lah! Masa botak dulu baik je!" Pang! Pang ! Dua penampar hinggap di pipi murid aku tadi secara spontan! Acah je. Mana ada aku buat macamtu. Hahahaha. Hilang title guru mithali den...

...dari situlah segala ni bermula. Segala macam perkara terlintas dalam benak aku. Aku sebagai cikgu, sememangnya ada pengaruh kuat lebih dari ibu bapa sebenarnya. Walau hanya dengan penampilan, tapi dari situlah titik permulaan sebuah cerita. Terlintas jugak dalam pemikiran aku, betapa murid dulu dan sekarang berbeza, di kampung dan di kota, dan aku kena mengikut peredaran yang ada. Dan yang paling penting, perubahan yang berlaku, memberi aku kekuatan yang lebih sebenarnya, dan aku masih insan yang sama, yang serupa yang mereka dan korang sayang! Best! Best!

Monday, May 18, 2009

...hari keramat seorang guru...

...buat seorang insan bergelar guru, setiap tahun, walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawabnya, walau bagaimana pandangan masyarakat dan anak didik terhadap segala tingkah juga katanya, dia tetap akan dikenang untuk suatu hari. Pada suatu hari. Walau hari itu telah berlalu, setahun sekali, tapi semangatnya, kemeriahannya perlu bagi setiap yang bergelar pendidik. Selamat Hari Guru buat semua pendidik di seluruh Malaysia.

Aku bangga menjadi seorang guru!

I'm proud to be a teacher!

...aku berada di tempat aku sekarang, aku menjadi aku, menjadi manusia kerana insan yang bernama guru. Mak abah aku adalah guru pertama aku. Aku membawa semangat mereka. Tak lupa buat Teacher Noriah Ismail, Puan Zaidah, Cikgu Zulkafli, Cikgu Abdul Razak (SK Jalan Matang Buluh), Teacher Rohani Musa, Ustazah Osmawati, Ustaz Pahim Ishak, Pak Aziz, Tn. Hj Idris Ramli, Ustazah Aisah Abol (SMK Abu Bakar Al-Baqir), Assoc. Prof Jalal Uddin Khan (IIUM-Qatar University), Assoc Prof Dr. Nor Faridah (IIUM), Pn. Parminder Kaur, Mr. Nandakumaran a/l Kathirvaloo (MPTAA) Pn Hajah Azizah Omar (Jabatan Pelajaran Melaka) dan semua cikgu kat sekolah2 aku (SK Jalan Kuantan (2)-SK Bukit Mat Daling-SK Jus), Insya Allah aku tak lupa jasa antum semua...


...(amacam gambar trio jejaka ni?)...dan hari ni, sambutan Hari Guru telah diadakan kat sekolah aku. Ada macam-macam acara dijalankan tahun ni, senamrobik bersama murid, treasure hunt ala2 amazing race, persembahan choral speaking BM, koir, nasyid J-Qaf, dan buat pertama kalinya-nyanyian dari guru2 SK Jus-Doa Buat Kekasih.

...kalau dulu2 masa sekolah, macam adik aku cakap, Hari Guru best sebab dapat aiskrim cikgu belanja. Pernah jugak dapat makan roti. Dulu2 nak bagi hadiah kat cikgu2 yang aku suka, tapi sebab tak mampu, aku dan adik aku cuma tengok saja lah. Mana mampu, duit pun cukup makan. Tapi mak pandai. Mak pujuk kami cakap "mak abah tak dak duit. Tak apalah, bagi lah hadiah kat cikgu2 dengan belajaq sungguh2, dapat keputusan yang terbaik." Alhamdulillah, berjaya juga. Yang penting, berkat seorang guru tu. Dan aku masih belajar, masih jauh perjalanan hidup aku. Sebelum terlupa, Selamat Hari Guru jugak untuk Cikgu Ahmad Nazri, cikgu Pendidikan Jogging dan Kesihatan aku. Kakakaka...


...akhir kalam ~ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. SELAMAT HARI GURU.

...angkat besi vs angkat bakul...

...hehehe, this time around, aku nak menulis sedikit sahaja tentang workout or bahasa Melayunya-gerak kerja. Aku bukanlah orang yang terer pun tentang ni. Tapi aku terpanggil nak tulis sebab baru-baru ni, aku ada bersembang-sembang dengan dak Ady yang aku lebih senang panggil dak Amad.

...dak Amad ni kaki angkat besi di gym. Budak gym la. Dia bilang katanya, sorang kenalan dia minta dia senaraikan apa menu makanan harian dia dari bangun pagi sampailah ke malam hari.

...dak Amad pun bagilah dengan jujurnya. Di dalam senarai dak Amad, dia bilang pagi dia ada amik susu dengan kurma dan kismis. Respon dari mamat angkat bakul sendiri ni ialah, kurma manis, kismis manis, tak elok untuk bantu workout. Karbohidrat tinggi. Tak membantu.

...walaupun aku jahil tentang perkara makan minum orang besi ni, tapi aku cakap semula dengan dak Amad yang itu makanan yang menjadi sunnah Rasullullah SAW. Kalau tak ada tenaga yang cukup dan stabil, macamana nak buat kerja? Lebih membebankan sebenarnya. Pedulikan apa pandangan dia, tapi seingat aku, tak penah aku dengar larangan atau kekangan dari mengambil kurma walau pada pesakit-pesakit. Malah digalakkan sebab membekalkan tenaga yang segera dan semulajadi. Ayat penutup aku-tu dakyah Yahudi nak menghapuskan sunnah Rasullullah S.A.W dan pada masa yang sama mempromosikan barangan mereka. So dak Amad, membesarlah secara sihat,
and work it that way bro!