Thursday, November 6, 2008

...gomen no komen...

Situasi 1:
...pagi ni aku ada temujanji dengan doktor pakar ENT di Hospital Melaka. Seperti yang dijanjikan, aku bergerak sedikit awal pagi ni sebab aku naik public transport. Menyahut seruan kerajaan sesekali apa salahnya sambil memanjakan diri menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan di pagi hari. Tapi ianya dicemari dengan 1 insiden yang diluar jangkaan aku. Aku seperti biasa membayar tambang kepada uncle driver tu. Ku hulurkan not RM5, diberinya aku tiket, dan tiada wang baki. Aku ingat mungkin dia nak setelkan baki selepas semua budak sekolah dalam bas tu turun, almaklumlah ramai berasak dalam bas keramat tu. Tapi selepas bebudak semua turun, tak jugak aku terima baki, maka aku pun meringankan mulut berlaku ramah dengan uncle driver dan bertanya:

"Uncle, tadi saya bagi duit tambang, uncle belum bagi baki lagi kat saya"
"You mau pegi mana tadi?"
"Melaka Sentral." aku jawab.
"Betul la tu, mana ada baki. You naik tadi, turun Melaka Sentral, tambang RM5 la. Sudah 2 bulan naik tambang. Suma orang da tau la. You check balik tiket saya kasi tadi. RM2.50-ada 2 keping kan?"
...betullah tu. Aku tak perasan. Aku terkedu sekejap. Aku ke yang tak tau. Or aku baru tau. Ke tiada orang yang telus sepatutnya memantau? Aku tak tau...

Situasi 2:
...sampai aku kat MS, sahabat aku dah tunggu dah dan terus la kami menuju Hospital Melaka. Well, mencari parking seperti mencari jodoh, macam-macam tempat, macam-macam cara dan macam-macam ragam. Aku turun dan pergi mendaftar kira-kira dalam jam 9.15 pagi. Temujanji aku jam 9.30 pagi. Bukan kali pertama, dah hampir 6 kali rasanya, jadi lambat dapat nombor adalah perkara biasa. Menjelang 10.30 pagi, aku menjeling-jeling kat kawan aku, tak dapat lagi angka giliran. Tak apa, bersabar. Pengalaman ni baru la buat member aku ni nak menanti lama-lama. Masuk jam 11.00 pagi, masih tak ada panggilan nama keramat ni adanya. Dan bila melihat orang yang datang selepas aku pun dah bergerak masuk, member aku pun masuk lah bertanya kat kaunter pendaftaran, dan aku menyusul apabila dipanggil. Aku tanya kenapa, dan member aku cakap kerani kaunter dah panggil jam 10.30 pagi tadi, tapi tak ada jawapan, jadi dia letak bawah.

"Eh, saya tak dengar pun nama saya dipanggil tadi, saya dari pagi tadi berdiri dekat pintu masuk tu, memang tak dengar pun nama saya."
" Ada tadi dah panggil, guna microphone lagi panggil tadi."
" Mana ada, saya dengan kawan saya ni tak bergerak ke mana pun, memang tak ada dengar nama saya."
" Encik ada masalah pendengaran kan? Encik datang untuk ujian pendengaran kan? Sebab tu panggil dengan microphone encik tak dengar." kata perempuan tu dengan nada yang sinis.
"Cik, ni dah penghinaan ni namanya, dah memang tak dengar, cik tak guna microphone tu, memanglah tak dengar." aku bersuara. Bisa amat bahasa dia.
"Eh saya tak maksudkan macamtu, dah memang encik ada masalah pendengaran kan? Nak buat ujian pendengaran kan? Ha ni nombornya."
"Baik, terima kasih." jawab member aku, yang kemudiannya melangkah ke bahagian aduan dan khidmat pelanggan.
...aku tau member aku membuat aduan bagi pihak aku yang sedang menanti giliran untuk rawatan, aku berterima kasih kat dia, sebab cara dia bertegas melalui saluran yang betul. Kakitangan awam seharusnya berkhidmat sebaik mungkin, berhemah dan bertatasusila serta bersopan bila berhadapan dengan pelanggan.
...tak lama lepas tu, kerani tu dipanggil oleh pegawai dia, dan dia bawa fail aku sekali. Sad to say, air muka dia memang tak berubah, tetap dengan riak tak bersalah. Member aku yang datang balik kemudiannya memberitahu, kerani tu berkeras tak mahu mengalah, tak mahu mengaku salah menghina pesakit malah mengatakan yang aku dan kawan aku ni tak beradab dengan dia. Aku pelik, member aku bagi salam, haram tak diangkat muka apatah dijawab salam tu, bila disapa namanya, baru angkat muka. The story goes on and on and on...and towards the end, kami perasan ada seorang lelaki asyik memerhatikan kami dari kaunter pendaftaran bersama seorang lagi staf klinik pakar tu. Agak lama dia berbuat demikian dan jangkaan kami betul-itu si suami. Sekali main calling-calling darling la pulak.
...bersyukurlah puan kerana berkat yang sakit, puan juga suami bisa mencari rezeki di bumi Ilahi. Kenapa nak mengeji orang, seolah yang datang dari Tuhan itu bukan rezeki? Menegur bukan mencari salah, bukan nak berbalah, cuma nak ungkaikan yang kusut agar tak besar nanti masalah...aku kagum dengan nurse dan juga staff nurse dibahagian yang sama, kerja lebih banyak, berkejar ke sana ke mari, semua orang dilayan dan yang paling penting-senyuman tak pernah lekang sebagai penyeri diri. Sesekali teringat bila some parents yang datang mengadap pihak sekolah, atau membuat laporan tentang guru-guru sekolah tanpa melalui saluran yang sebenar juga tanpa meneliti kes sebenar-benarnya. Azab. Sebenar-benarnya kakitangan awam memang mewarisi badi ini turun temurun, kita nak berbudi, cuma lama mana lagi nak kita terus hidup berbadi sebegini?

Tuesday, November 4, 2008

...3 hari 2 malam...

...macam tajuk rancangan TV adanya, tapi hakikatnya, buat pertama kalinyanya dalam selama aku berkhidmat kat Melaka ni, murid-murid sekolah aku seramai 23 orang telah dibawa berkhemah ke sebuah tempat yang agak jauh dari kampung dan sekolah mereka, dengan harapan agar mereka dapat merasai pengalaman berkhemah yang sebenar. Asyik-asyik kat padang sekolah ja, malam lak tidur dalam kelas, tak ada feel and thrill la pada aku.

...bermula dari petang Jumaat (31.10.08) sehinggalah Ahad (2.11.08) kami semua telah berkampung di Kem Saujana Asahan, sebuah tempat di kaki gunung Ledang yang indah permai dan dikelilingi scenery yang indah adanya. Memang sesuai dengan jiwa aku adanya.

...buat pertama kali juga, murid-murid diberi peluang melakukan aktiviti flying-fox dan juga jungle-trekking dengan dipandu arah oleh Cikgu Jamal, orang kampung tempat aku mengajar juga adanya. Yang pastinya, aku merasakan kepuasan dalam melakukan tugasan yang diamanahkan, disebalik pelbagai kemaslahatan, aku rasa ini adalah percubaan yang berjaya walau untuk pertama kali adanya.
...penat memanglah penat. Mementanglah bujang, memang kudrat aku diperlukan seadanya, dan aku harap bebudak aku tak lah rasa menyesal mengukuti perkhemahan kali ini sebab selalu sahaja kena denda dengan Sir diaorang ni dek kesalahan yang ada walau sebesar Walls Mini Poppers. I want you to be a better you, somebody better than me in the future. Tak apa if kamu tak sayangkan Sir, tapi Sir tak boleh tak sayangkan kamu semua...

...dan kepada yang rapat dengan aku masa tu, pastinya mereka dah lebih mengenali siapa aku dengan lebih dekat, dengan lebih jelas. Itulah aku seadanya. My true colours were revealed a bit back there. Terima kasih kepada semua yang terlibat, baik guru-guru mahupun pasangan hidup mereka yang membantu. Buat adik-beradik aku kat situ, terima kasih sebab memberikan aku semangat dan berkongsi kegembiraan, suka-duka bersama. Dan event yang best dalam 2 malam tu ialah BBQ! Thank you kak Zety kerana sponsor kambing seekor, or seekor kambing, ayam, ikan dan juga daging malam tu. Memang tercapai hajat den makan BBQ kambing.

...menyingkap sedikit perkongsian cerita Ustaz kat aku, dia mengatakan laluan ke tempat perkhemahan tu dikatakan laluan rombongan Hang Tuah semasa dalam perjalanan untuk meminang Puteri Gunung Ledang buat Sultan Melaka satu ketika dulu. Entah ya, entah tidak, aku pun tak pasti, dan dia pun tak pasti. Cuma mungkin nak menaikkan nama tempat tu kot gamaknya, cerita ini disampaikan. Yang penting-sebuah sejarah telah tercipta di kaki gunung Ledang ni! Tahun ini! Tahun depan kita cuba lagi. Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi nama awal-awal ya? Hehehe.

Monday, November 3, 2008

...menu birthday boy...

...pagi ni aku bercuti bersempena perkhemahan sekolah, merangkap hari jadi aku. Jadi buat pertama kalinya aku bersemangat di pagi ulangtahun kelahiran aku, aku memasak. Mulanya just nak masak benda simple for breakfast, tapi memandangkan Leeban bawa balik lauk dari kampungnya, aku perangat lauk yang dia bawa balik. Dan aku pun cuma menyediakan 2 sajian tambahan adanya, dan penghasilannya-aku bersarapan berat pagi tu, yang merangkap makan tengahari aku jugak. Hehe, teringat mak cakap-budaya orang Pattani memang kena makan nasi waktu sarapan, well aku punya susur galur Pattani + Jawa...dan jadilah aku yang sekarang ni...jemput makan kawan-kawan.

...susut lagi subsidi aku...

...be different. Think out of the box + bilateral thinking. Heh, aku cakap je. But that's who I am now and then. Time passes by, by right people would consider the age to be adding, but I learned that the lifespan of mine is decreasing. Each and every moment. And today I am 27.

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

...apapun yang berlaku, aku berdoa dan berharap yang kebahagian juga kehidupan yang aku punya sekarang ni, yang Allah beri pada aku berkekalan dan bertambah keberkatannya, Insya Allah. Buat yang tersayang, TERIMA KASIH sebab sudi melagukan lagu besday tu tengah malam semalam walau melalui voice-message, tapi kejutan tu berjaya. Hehehe...mekasih sayang...

...buat yang lain- dak Ady, Papa, Cikgu Aril, YB Amin, Liban, K-rie, Mie, Nuaq, May, Nik, Abang Apis, Ein, Olie, Apis, juga yang lain yang masih ingat pada remaja purba ini, aku ucapkan terima kasih juga atas ucapan yang diberikan...

...buat si dia, aku takkan lupa ayat ni dari dia buat aku, walau pada dia biasa dan tak romantik, tapi apa yang ditulis buat aku rasa amat dihargai, teramat bahagia kerana disayangi...

"...botak ke, bulat ke, saya punya..." (4th October 08 at 10.10pm)

...Insya Allah, esok hari yang baru buat aku, buat kita semua, semoga dipermudahkan segalanya walau dalam apa jua yang kita lalui...semoga aku terus menjadi aku, yang tangan berusaha menggapai tinggi dengan kaki terus menjejak bumi...