Tuesday, September 30, 2008

...salam lebaran 1429H/ 2008M...

...buat semua yang melewati blog ini:

...apa ku rasa...

Bilakah kalut hidupku akan berakhir
Kemana ku melangkah pasti ada yang benci
Inikah suratan atau dugaan Tuhan
Walau bibirku mengukir senyum hatiku menangis
Tak siapa tahu keikhlasanku padamu
Cerita tak berasas dan tuduhan buta
Dihulur pada mu yang ingin kuhampiri
Malah diracuni fikiranmu agar aku tersingkir
(c/o) Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang
Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan
Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu
Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan
Lambat laun nanti kebenaran terserlah
Di situlah juga akan kau sedari
Betapa tulusnya pengorbananku ini
Memperhambakan diri tak mengenal jemu
Ketahuilah kesetiaanku ini
Tidak pernah luntur ditelan waktu
Bagaikan batu besar menghimpit dadaku
Tiap hari berganti makin beratnya
Selagi tak terbukti keikhlasan hatiku
Selagi itu keresahan dan sesak di dalam

~Sesak by Ukays~

Monday, September 29, 2008

Friday, September 26, 2008

...Happy Belated Birthday yang ke-13 hari...

...Assalammua'laikum buat semua. Salam Ramadhan. Saja nak bagitau, pagi Khamis tadi, dalam aku membaca kembali mesej-mesej dalam telefon Nokia aku, aku terbaca akan mesej Puan Marleesa Minhad tentang ahli baru keluarganya yang baru menjengah dunia dalam 13 hari yang lalu. Erm, aku terlepas pandang satu perkara penting, yakni tarikh lahir baby nya.
Buat Arissa Safiya Muhammad Badiuzzaman, I'm so sorry, Uncle Pezal terlepas pandang akan tarikh lahir Arissa sama dengan tarikh lahir abah Uncle. Hehe, so jangan risau, Insya Allah Uncle tak lupa dah lepas2 ni, tunggu la nanti ada peluang, Uncle datang melawat ya?


Comel la dia ni, tak sabar nak tengok dia gelak-gelak bedepan nanti. Buat Icha and husband, tahniah dan semoga kalian semakin berbahagia hendak-Nya, Insya Allah...

Sunday, September 21, 2008

...Ramadhan, jalan-jalan & makan-makan...

...salam buat semua, dulu cerita tentang otak-otak. So, this time around, bersempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, aku rasa nak mengetengahkan tentang makanan. Ya! Tentang makanan dan makan-makan, walaupun bulan puasa tapi aku rasa pada masa ni lah nafsu makan kita meluap-luap. Mana taknya, sesetengah makanan tu cuma hadir pada musim bulan puasa sebegini, dah sukar ditemui pada bulan-bulan biasa. inilah berkat bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan limpah rezeki dari Allah SWT.

...terceramah jap, tapi baguslah, sekadar ingatan buat diri sendiri juga yang kadang-kala lupa. Ok, aku cuma nak highlight tentang makanan yang aku suka sangat bulan puasa ni. Memandangkan hidup membujang ni, aku cuma boleh beli benda makan ni semua kat bazar Ramadan je lah. Syukurlah member rumah aku pun boleh katakan suka menjelajah bazar Ramadan yang ada kat bumi Melaka ni, jadi agak banyak jugaklah pilihan yang ada...

...nasi kerabu. Memang aku suka. Semenjak aku makan nasi kerabu yang kaler biru ni dulu 1st time dengan Harizal (aku mention gak nama roommate aku ni kat matrix dulu...hehehe), bulan puasa gak, aku rasa teruja dan aku minat sampai la sekarang. Dengan budunya, cilinya, soloknya, daging bakar, keropok ikan juga telur masin, fuhhh...pakej lengkap tu.


...satar. Or sata, aku tak tau ejaan sebenarnya, tapi yang aku takkan lupa ialah rupanya juga rasanya yang enak. Kata orang, makanan ni asalnya dari Pahang, ada kata Terengganu, yang pastinya asalnya Pantai Timur. Rasa isi ikan yang di gaul rempah juga kelapa parut tu memang la aku takkan lupa, tapi sayang dah nak habis Ramadan ni, aku tak bertemu lagi dengan makanan ni lagi...


...popia. Popia basah. Yang ni pun jarang-jarang amat aku nak jumpa adanya, teliur gak bila tengok kat TV je kekadang. Popia ni yang sedapnya sos dan juga inti dalam tu, yang ada taugeh, ada hirisan lobak sket, udang kering, telur sket, timun juga sengkuang, wah, meriah. Insya Allah berkhasiat dan sodap!


...setakat tu dulu, eh macam taip surat rasmi pulak. Nanti lain masa kita sembang makan-makan lagi, Insya Allah. Erm ada satu soalan buat semua yang baca blog ni, ada sesapa tau tak apa nama kuih ni, or kerepek, or makanan dari Sabah ni? Sedap. Sesiapa yang tau, bagitau ya apa namanya...jumpa lagi.

Tuesday, September 9, 2008

...kisah cemburu...

…lewat malam Khamis yang lalu, dalam mencari-cari rancangan TV yang best untuk ditonton, aku tertekan button channel 119 ASTRO-yakni TV9 dan pada tika itu, sebuah rancangan bual bicara bertajuk Semanis Kurma sedang bersiaran secara langsung. Tajuknya membuatkan aku tak berganjak dari depan tivi tu-CeMBuRu.

...Mana taknya, aku kekadang merasakan sifat tu on and off wujud dalam diri aku, kalau sebelum-sebelum ni, aku dapat control macho, eh kontrol sifat aku tu kepada perkara yang positif. Lately, hehehe, pepahamlah ye bagi jiwa muda yang di lamun asmara, perkara sebegini hadir, tapi setakat ni, Alhamdulillah, terkawal dan Insya Allah dapat dikawal. Orang-orang tua pun asyik dok kata-cemburu tanda sayang, so take it that way, but don’t make a fuss of it. So, apa kata panel pada malam berkenaan?

Panel pertama: Azhar Sulaiman tanpa isterinya Chempaka Emalin mengatakan bahawa:
“…cemburu tu perlu ada tapi ianya perlu bersifat menghangatkan lagi perhubungan yang ada, bukan memusnahkannya. Bagi mengelakkan perasaan cemburu yang keterlaluan dan bersifat negatif, antara pasangan, perlu saling mengambil tahu, mengambil berat, serta saling mempercayai antara keduanya. Setiap pasangan juga perlu menjaga kepercayaan sesama mereka dan jangan beri peluang untuk orang lain mendekati secara mereka dalaman atau peribadi. Yang paling penting, jaga perasaan pasangan kita sebaiknya, Insya Allah perasaan kita akan lebih kuat dan terjaga.

Panel kedua: Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi berpendapat:
“…cemburu itu perlu ada, tapi perlu dikawal dan dikurangkan, sebolehnya tak perlu ditunjuk. Cemburu itu adalah lebih sebagai peringatan kepada pasangan yang setiap sesuatu itu ada batasnya. Sekurang-kurangnya, pesanan kepada pasangan sepertimana Lisdawati nyatakan malam tu “…jangan balik lambat ya? Saya tunggu abang di rumah, saya tak tidur selagi abang tak balik ya?” dapat mengingatkan suaminya bahawa hak dan masa beliau bersama rakan-rakan di luar itu masih ada tapi perlu beringat sentiasa pada pasangannya yang menanti. Agama adalah sebagai panduan dalam perhubungan sehari-hari dan harus diingat, kebahagiaan itu perlu dibentuk dengan usaha dan doa serta dijaga, bukan sebaliknya.

…dan aku amat tertarik pada apa yang disampaikan oleh pengacara rancangan, pasangan suami isteri Ustazah Siti Nur Bahyah Mahmud dan suaminya yang tercinta, Ustaz Wan Akashah sebagai mengulas pada setiap pandangan yang disampaikan:


  1. setiap pasangan harus tahu dan belajar bagaimana untuk menawan hati pasangan mereka, perlu berusaha, berdoa dan perlu bijak memanipulasi kelemahan pasangan dengan niat yang baik…
  2. berterus terang juga adalah perlu bagi mengelakkan syak wasangka, tapi perlu berhikmah...

  3. amalkan atau lakukan perkara yang sama semasa sedang hangat bercinta, selalu diimbas dan dilakukan semula. Setiap hari adalah hari yang baru buat mereka bercinta semula…

  4. dan yang lebih menarik ialah penghuraian langkah mengawal sifat cemburu dalam diri kita dan juga pasangan sepertimana berikut:

    C-cinta hanyalah pada pasangan kita
    E-elak memuji insan-insan lain dihadapan pasangan kita
    M-menghargai pasangan kita selalu
    B-berterus-terang dengan pasangan
    U-ungkapan sayang perlu dilahirkan dan dizahirkan sentiasa
    R-rundingan dan perbincangan perlu dijadikan amalan
    U-ubah ke arah kebaikan seadanya dan jangan bersikap statik dalam perhubungan.

Secebis peringatan buat semua yang membaca, sabda Rasullullah SAW:

Marah itu adalah dari Syaitan, dan Syaitan itu adalah dari api. Api itu dikawal dengan air, maka apabila marah berwuduklah.


Sesungguhnya, orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat mengawal amarahnya. Wallahua’lam. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi dan mengamalkan apa yang kita perolehi bersama-sama. Insya Allah. Dan aku pun belajar sesuatu yang amat penting dan aku semakin belajar, demi dia yang aku sayang…